Tonsilitis merupakan tanda awal bahawa saya akan deman pada jam atau hari berikutnya.
Berdasarkan pemahaman cetek saya dalam sistem imunisasi tubuh manusia dan hanya boleh diaplikasikan kepada sistem tubuh badan saya, tonsil saya merupakan mekanisma pertahanan (defense machanism) pertama badan saya dalam mengatasi serangan kuman dan virus penyakit senatero.
Setiap kali berada dalam persekitaran kurang sihat - dalam konteks ini, acapkali, tonsil saya bertindak sebagai barisan paling hadapan menghadapi serangan pertama dan mula membesar bagai johan; perasaannya umpama mengulum sebutir dua bola ping pong di dalam kerongkong. Kemudian bermulalah episod demam singkat tatkala badan melancarkan serangan balas terhadap jagoan jagoan kuman penyakit tersebut.
Kebanyakan orang, sepertimana appendiks, jalan mudah untuk tidak kerap demam adalah dengan terus membuang appediks dan tonsil melalui pembedahan. Saya pula percaya bahawa dengan ketiadaan tonsil, serangan kuman dan virus penyakit akan terus sampai ke organ organ dalaman yang lebih penting kerana tiada lagi mekanisma pertahanan pertama itu tadi. Impaknya, saya kekal kerap demam yang singkat (?!) dengan keyakinan bahawa organ organ dalaman saya mendapat perlindungan sewajarnya daripada bahana kuman penyakit.
Oleh itu Boss, saya mungkin mc lagi bulan hadapan. Maafkan saya.